Pemohon BR1M ditolak masih boleh MERAYU



Pemohon BR1M ditolak masih boleh merayu | Kepada semua pemohon BR1M yang telah gagal untuk mendapat kn wang BR1M anda masih lagi berpeluang untuk MERAYU .



Pemohon BR1M ditolak masih boleh MERAYU


Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang ditolak permohonannya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat rayuan dengan merujuk laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ke jabatan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online juga mendapati, pengguna media sosial Facebook turut berkongsi perasaan kecewa apabila permohonan mereka telah ditolak walaupun menepati syarat kelayakan.

Pemilik akaun Facebook, Siti Sarah Yusof berkata, permohonannya ditolak mungkin berpunca daripada kelewatannya untuk menukar staus perkahwinan.

"Jika diikutkan syarat untuk terima BR1M, saya layak untuk terima. Tetapi disebabkan kesukaran kemaskini maklumat peribadi iaitu status perkahwinan, menyebabkan saya tak menerima BR1M kali ini," katanya.

Dalam pada seorang lagi pemilik akaun Facebook, Eyma Zima Fie turut melahirkan perasaan kecewa apabila gagal menerima bantuan tersebut.

"Ramai orang sudah dapat BR1M, saya tak dapat lagi...kalau ikut kelayakn saya memang layak dapat bantuan itu.

"Tapi kenapa lambat atau maklumat saya bertindih?," katanya.


Kena merayu-rayu pulak untuk dapatkan RM300 atau RM650


Sekian.
Terima kasih.

0 Response to "Pemohon BR1M ditolak masih boleh MERAYU"

Post a Comment