MISTERI KEHILANGAN MH370 : KRONOLOGI PENUH PERISTIWA YANG MASIH MENJADI TANDA TANYA ??
Fakta MH370 Boeing B777-200
Destinasi: Beijing
Usia Pesawat: 11 tahun 8 bulan
Jumlah Penumpang: 239 termasuk 12 anak kapal dan dua bayi
Juruterbang: Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 : berpengalaman terbang 18,365 jam
Kapten Fariq Ab Hamid, 27 : berpengalaman terbang 2,763 jam
Berlepas: 12.41 tengah malam dari KLIA
Kali terakhir dikesan: Jam 1.30 pagi di 75 batu nautika di utara Kuala Terengganu
Sejarah Kemalangan MAS Sebelum Ini
4 Disember 1977
insiden Tanjung Kupang, pesawat MAS MH653, Boeing 737-2H6 dirampas pengganas dan terhempas. dengan 100 kematian menjadikan kemalangan paling buruk dalam sejarah MAS. spekulasi mengatakan pesawat dirampas oleh Japanese Red Army tidak pernah disahkan15 September 1995
sebuah pesawat MAS terhempas apabila gagal mendarat di landasan. 16 daripada 29 penumpang terselamatOktober 2013
pesawat Twin Otter yang dioperasi oleh MASwings terhempas. pembantu juruterbang dan seorang penumpang maut.
Kronologi @ Rentetan Peristiwa Kehilangan Pesawat MAS MH370
8 Mac 2014 - Hari Pertama
11:14 am
Malaysia Airlines hari ini mengesahkan sebuah pesawatnya terputus hubungan dengan menara kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi tadi.
03:24 pm
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan sebuah pesawat udara dan tiga kapal laut bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat.
03:47 pm
MAS: Tidak timbul isu lewat umum. "Jangan jadikan isu mengapa lewat. Walaupun mengambil masa hampir lima jam, kami terus cuba. Namun keadaan pesawat tidak dapat dipastikan. Minyak pesawat bukan hanya cukup dari Kuala Lumpur ke Beijing, malah boleh berpatah balik ke sini. Jadi, isu tidak cukup minyak boleh saya katakan, hanyalah spekulasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
03:51 pm
Vietnam nafi kesan isyarat pesawat MAS yang hilang. "Kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesan kedudukan pesawat," kata Pengarah Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien kepada Xinhua.
03:54 pm
West Philippine Sea (WPS) telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat untuk membantu mengesan pesawat Boeing B777-200 milik Malaysian Airlines (MAS)
03:55 pm
Akhbar Tuoi Tre memetik Laksamana Ngo Van Phat sebagai berkata, kapal terbang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu Quoc. Penerbangan MAS setakat ini belum mengesahkan laporan media Vietnam itu tetapi berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat.
04:11 pm
Henti segera sebarang spekulasi. “Kita sudah menghubungi semua agensi termasuk mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini. Setakat ini, kami masih belum menerima apa-apa perkembangan mengenai perkara ini dan berharap perkara ini tidak dimanipulasikan,” kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
4:29 pm
12 jam berlalu, pesawat MH370 belum ditemui. Di sebalik pelbagai laporan dan spekulasi berhubung penemuan pesawat itu daripada agensi berita asing dan media sosial kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam, hakikatnya tiada maklumat sahih bagi mengesahkan perkara itu.
04:35 pm
MAS kerjasama pihak berkuasa kecemasan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat Boeing 777-200, tidak menunjukkan sebarang petanda kecemasan dan juga tidak ada tanda cuaca buruk semasa terputus hubungan pada 2.40 pagi ini.
04:36 pm
Boeing tubuh pasukan bantuan teknikal bagi memberi bantuan teknikal kepada pihak yang menyiasat kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
04:37 pm
38 warga Malaysia antara penumpang pesawat hilang. Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:
Jumlah : 239 orang
Penumpang : 227 orang
Anak Kapal : 12 orang
1) China : 152 dan seorang bayi
2) Malaysia : 38 orang
3) Indonesia : 12 orang
4) Australia : 7 orang
5) Perancis : 3 orang
6) Amerika Syarikat : 3 orang
7) New Zealand : 2 orang
8) Ukraine : 2 orang
9) Kanada : 2 orang
10) Rusia : seorang
11) Itali : seorang
12) Taiwan : seorang
13) Belanda : seorang
14) Austria : seorang
04:40 pm
Mas nafi pesawat mendarat cemas di Nanning, kata Ketua Eksekutif Sistem Penerbangangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya
04:49 pm
Malaysia, Vietnam lancar operasi cari pesawat. "Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat. Tidak ada cuaca buruk ketika itu. Kami juga akan menubuhkan satu lagi pusat respons di Beijing, selain di KLIA," kata Ahmad Jauhari.
05:12 pm
Laksamana Ngo Van Phat memberitahu Reuters, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Malaysia, 153 batu di luar pantai Vietnam, Tho Chu mengikut kelajuan dan kawasan terakhir dikesan.
5:28 pm
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, polis dengan segala aset yang ada bersedia digerakkan bagi membantu operasi berkenaan sekiranya diperlukan.
06:01 pm
Lokasi MH370 masih belum diketahui. Lokasi terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur (Latitude).
07:06 pm
MAS: Semua sumber digunakan kesan pesawat hilang. Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) Maritim, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu Astro AWANI bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai lagi. "Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan," kata Hamid.
7:16 PM
Malaysia hantar lebih banyak aset operasi SAR pesawat membabitkan 15 pesawat, termasuk dua helikopter dan 6 kapal, kata Datuk Seri Najib Razak
07:22 pm
Singapura menghantar sebuah pesawat C130 Hercules pada Sabtu untuk membantu misi mencari dan mengesan pesawat.
C130 Hercules
08:37 pm
MAS siar senarai penumpang, kru MH370
http://www.sinarharian.com.my/semasa/mas-siar-senarai-penumpang-kru-mh370-1.258269
10:00 pm
Operasi mencari pesawat itu turut memperkukuh kerjasama erat antara komuniti Asean, China dan Amerika Syarikat. Malaysia turut menambah asetnya untuk operasi itu membabitkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).
10:14 pm
Dua tumpahan minyak dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.
11:42 pm
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam, masih belum disahkan. Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa di Vietnam untuk mengesahkan laporan Akhbar Tuoi Tre itu tetapi tidak lagi menerima sebarang jawapan.
9 Mac 2014 - Hari Kedua
6:51 AM
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia juga menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina dalam usaha itu.
6:56 AM
Tiada petunjuk mengenai pesawat MH370 selepas lebih 24 jam hilang. "Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," kata Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan
9:05 AM
Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe berkata, 12 kakitangannya berasal dari Malaysia dan lapan lagi dari China.
9:43 am
Operasi mencari diteruskan 7 pagi. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, setakat ini (jam 9 pagi) tiada sebarang penemuan petunjuk atau bangkai pesawat di lokasi berkenaan. "Operasi pagi ini menggunakan tiga pesawat milik pasukan keselamatan negara," katanya.
10:04 AM
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan hantar ejen ke Malaysia bantu siasatan pesawat hilang. Pegawai FBI berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan pengganas atau sebarang isu lain yang mungkin menyebabkan pesawat berkenaan hilang
10:18 AM
Kapal perang China sertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Kapal "Jinggangshan" dilengkapi peralatan menyelamatkan nyawa, kemudahan pengesanan bawah dasar laut dan bekalan air serta makanan belayar dari bandar raya Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong pada jam 3 pagi waktu tempatan hari ini.
Kapal Jinggangshan
10:49am
Sebuah Pusat Koordinasi Kebangsaan telah ditubuhkan serta-merta di Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan (NDCC), Pulau Meranti. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan Malaysia amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada kerajaan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura dan Filipina yang mengerahkan aset masing-masing dalam usaha mencari dan menyelamat.
11.03 am
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat akan menghantar pasukannya ke Asia untuk membantu penyiasatan pesawat.
11.04 AM
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH 370. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish memberitahu pihaknya sudah menghantar empat kapal dengan melibatkan kira-kira 100 anggota dan lima pesawat milik mereka yang akan mengesan melalui udara. Operasi pencarian hari ini akan diperluaskan.
11:38 AM
Hishammuddin sahkan anggota mencari Vietnam temui tompokan minyak, tapi tiada serpihan MH370.
11:42 AM
Hishammuddin tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik. beliau berkata sebab utama kemungkinan pesawat itu berpatah balik akan didedahkan pada jam 1 tengah hari ini selepas perbincangan lanjut dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara selesai.
11:48 AM
MAS khuatir perkara terburuk pesawat hilang. Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat arahan di Kota Baharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu. Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.
11:57 AM
Empat penumpang MH370 guna pasport palsu. Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama - Hishammuddin
12.28 PM
WASHINGTON: Kapal perang, USS Pinckney sedang dalam pelayaran ke selatan Vietnam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat pesawat. Kapal itu mengendalikan latihan serta operasi keselamatan maritim di perairan antarabangsa di Laut China Selatan. USS Pinckney membawa dua helikopter yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat.
1.20 pm
Terkini dari sidang media MH370 sebentar tadi:
1. Hanya 2 penumpang sahaja menggunakan pasport palsu
2. Kami ada rakaman CCTV mereka dan digunakan untuk siasatan
3. Angkatan Tentera Udara Malaysia pemegang kepentingan terbesar dalam pencarian pesawat
4. Ada kemungkinan pesawat melakukan air turn back, juruterbang tidak dapat menerbangkan pesawat ke destinasi
5. Tetapi masih mencari punca kehilangan signal
6. Pencarian masih dijalankan sehingga kini sehingga ke Selat Melaka
7. Bantuan dipertingkatkan
8. 22 kapal terbang, 40 kapal, helikopter Tentera Laut , 11 kapal terbang dari Tentera Udara, 13 kapal dari agensi maritim Malaysia, 1 kapal dari Amerika, 3 kapal dari China, 3 dari Singapura, 5 dari Indonesia
9. Misi mencari dan menyelamat dipergiatkan
10. Kami masih menyelidiki data dari agensi antarabangsa, data dari radar militari
11. Kapal 777 beroperasi dengan baik dan boleh dipercayai
Sidang media berikutnya akan menyusul jam 3 petang ini.
1.22 pm
Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini. Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, pesawat MH370berkemungkinan berpatah balik ke Malaysia berdasarkan signal radar TUDM selepas ia hilang. Selain itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 22 pesawat, 40 kapal digerakkan bagi operasi mencari dan menyelamat MH370 termasuk di Selatan Melaka.
1.30 pm
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA kenalpasti pergerakan dua identiti suspek yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370
2.39 pm
APMM temui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi yang dilaporkan hilang. Ketua Pengarah APMM, Mohd Amdan tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 terhempas di kawasan perairan Vietnam. Penemuan terbaru tompok minyak dijangka diperoleh petang ini.
2.49 pm
PDRM bekerjasama dengan agensi antarabangsa. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama kedua-dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu itu sudah diserahkan kepada agensi perisikan negara dan antarabangsa untuk siasatan lanjut.
3:59 PM
Radar militari kesan MH370 berpatah balik menghala Kota Bharu pada jam 2.40 pagi hari kejadian. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu. Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC). "Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,".
4.03 pm
Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada dua penumpang MH370 yang menaiki pesawat itu merupakan individu dari wilayah Xinjiang, China atau bukan. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbaharu itu.
4.06 pm
Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu. Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.
4.18 pm
Serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar kawasan Pantai Timur Malaysia. Pegawai Kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
4.34 pm
Saluran televisyen BBC melaporkan dua penumpang 'pasport palsu' pesawat Malaysia Airlines yang hilang, membeli tiket penerbangan pada masa yang sama. BBC dalam akaun Twitter mengesahkan kedua-dua penumpang tersebut membeli tiket penerbangan dari Beijing, China ke Amsterdam, Belanda.
6.07 pm
Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam.
6.09 pm
Angkatan Tentera Singapura (SAF) menghantar aset-aset tambahan untuk membantu dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Usaha itu termasuk menghantar dua lagi pesawat C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), kapal frigat Kelas Formidable Tentera Laut Republik Singapura (RSS Steadfast) yang dilengkapi helikopter Sikorsky S-70B, kapal selam dan kapal sokongan dan penyelamat bersama penyelam serta kapal Corvette bersenjatakan peluru berpandu, RSS Vigour.
RSS Steadfast
Sikorsky S-70B
6.28 pm
Kerajaan Australia akan menghantar dua pesawat pengesan maritim PC-3 Orion dan dijangka berlepas lewat petang ini dan akan tiba di kawasan yang ditentukan pihak berkuasa Malaysia khususnya Jabatan Penerbangan Awam dan Tentera Laut Diraja Malaysia
6.50 pm
Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter. Ketua Staf TNI-AL, Laksamana Marsetio, berkata kesemua kapal perang yang dikerahkan itu akan bergabung dalam Komando Armada Indonesia Kawasan Barat Tentera Laut Indonesia.
8.28 pm
Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini diperluas daripada 20 batu nautika ke 50 batu nautika di kawasan terakhir pesawat MAS MH370 terputus hubungan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
8.32 pm
Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang di perairan Selat Melaka selepas kemungkinan pesawat MAS itu berpatah balik, tidak menemui sebarang petunjuk, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
8.40 pm
Memang ada kesan tompokan minyak di perairan Tok Bali, Kelantan namun masih tidak dapat disahkan sama ada ia milik MH370 yang hilang.
8.43 pm
Serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
9.25 pm
Tumpuan pihak berkuasa sekarang mencari pesawat MH370 terlebih dulu barulah dapat dicari punca kehilangannya, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
9.56 pm
Kehilangan pesawat MAS MH370 masih kekal misteri apabila pihak berkuasa belum lagi menemui sebarang petunjuk di mana ia berada biarpun kejadian tersebut telah lebih 48 jam berlaku. Pihak berkuasa memberitahu, mereka tidak menerima sebarang maklumatberhubung dakwaan terdapat perbualan radio dibuat oleh juruterbang mengatakan pesawat menghadapi masalah sebelum kehilangannya.
9.59 pm
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar empat kapal lautnya ke Pulau Perak kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, Kedah bagi usaha mengesan pesawat MH370. berhubung penemuan tompokan minyak kekuningan pagi tadi, Mohd. Amdan berkata ia telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya dan keputusannya dijangka diketahui tengah hari esok.
10.26 pm
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan, tiada kapal selam atau submarin terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, sejak operasi tersebut dilaksanakan, hanya kapal jenis peronda dan penyelamat dihantar menyertai operasi tersebut sama ada oleh pihak berkuasa negara ini atau antarabangsa.
11.13 pm
Kedutaan Amerika dalam satu kenyataan hari ini berkata, susulan permintaan daripada kerajaan Malaysia, tentera laut Amerikamenghantar USS Pinckney (DDG 91) dan USNS John Ericsson untuk membantu operasi SAR. USS Pinckney (DDG 91), kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burkecke membawa dua helikopter MH-60R yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat. USNS John Ericsson, kapal pembekal minyak yang dikendalikan Markas Tentera Laut, telah belayar dari Singapura pagi tadi untuk membantu operasi SAR. pesawat P-3C Orion tentera laut Amerika yang dilengkapi kemudahan peralatan mencari jarak jauh, radar dan komunikasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi tadi dan telah memulakan pencarian.
USNS John Ericsson
USS Pinckney
11.57 pm
Belum ada lagi tanda penemuan pesawat, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. Walaupun kawasan pencarian diperluaskan hingga meliputi ke Selat Melaka di sebalik kepercayaan bahawa pesawat itu mungkin berpatah balik namun tiada sebarang tanda pesawat MH370 berada di sana (Selat Melaka).
Operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.
10 Mac 2014 - Hari Ketiga
5.38 am
Kegagalan lima penumpang menaiki pesawat MH370 walaupun telah mengesahkan penerbangan mereka untuk ke Beijing pada malam Sabtu lalu menimbulkan persoalan. Ini kerana mereka telah mendaftar masuk dan bagasi telah pun dimasukkan ke dalam pesawat.
5.44 am
Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu. "Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” kata Azid Ibrahim ketika dihubungi, semalam. Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.
5.45 am
Dua penumpang pesawat MH370 yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada pada 2012 dan 2013, disyakimembeli tiket penerbangan menerusi e-tiket menggunakan mata wang baht. mereka yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel juga membelinya secara bersama berdasarkan nombor sirinya yang berturutan dan pada harga sama. Mereka membeli tiket itu di Pattaya, Thailand sebelum menggunakan laluan darat untuk memasuki Malaysia.
9.50 am
Australia pada pagi Isnin menghantar pesawat RAAF AP-3C Orion kedua dari Darwin untuk mencari pesawat. Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.
11.14 am
Pihak berkuasa Vietnam nafi minyak. Mengenai tumpahan minyak yang ditemui pula pihak berkuasa Vietnam mengesahkan ia adalahbenteng pasir berwarna kuning yang dihanyutkan.
11.20 am
HANOI: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh merakamkan rasa simpati dan menawarkan lebih banyak bantuan yang diperlukan Malaysia bagi misi mencari pesawat MH370
11.22 am
Bagasi lima penumpang yang tidak menaiki penerbangan MH370 sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan sebelum berlepas dan imbasan sebelum itu mendapati tiada bahan larangan
11.56 am
BEIJING: Kapal perang China, Mianyang dilaporkan tiba di perairan yang dipercayai lokasi pesawat MAS MH370. Sumber tentera berkata, kapal perang itu tiba di perairan yang dipercayai terputus hubungan jam 3.50 pagi waktu tempatan (China), tiga jam awal dari jadual sepatutnya. Sejurus tiba, kapal itu terus mengendalikan misi mencari dan menyelamat (SAR).
12.15 pm
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih belum lagi menemui petunjuk, lokasi atau objek yang mengaitkan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.
12.21 pm
Penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat yang dilaporkan oleh media Vietnam malam tadi disahkan bukan milik pesawat MAS MH370. objek didakwa serpihan pintu pesawat adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun tiruan, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Pihaknya jugak tidak menolak kemungkinan terdapat unsur pengganas.
12.37 pm
Keputusan ujian makmal sampel tompokan tumpahan minyak yang diambil Agensi Penguatkuas Maritim Malaysia (APMM) yang dijumpai di Laut China Selatan akan dimaklumkan kepada umum, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaruddin Abdul Rahman.
1.02 pm
Beberapa keluarga di China berjaya menghubungi ahli keluarga mereka yang berada di dalam pesawat MH370. Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang pesawat Boeing 777 tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.
1.33 pm
Hasil keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan semalam dijangka diperoleh selewat-lewatnya petang ini. Sampel itu akan melalui tiga prosedur bagi mengenal pasti sama ada bahan tersebut mengandungi kerosine (bahan bakar pesawat) atau tidak. tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi ’mineral oil’ yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat, peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu ’light oil’ atau ’heavy oil’, dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel, atau petrol), kata Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Ahmad Ridzuan Ibrahim.
4.05 pm
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menjelaskan, tidak ada sebarang tempoh waktuditetapkan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. pencarian akan diteruskan sehingga nasib pesawat MH370 itu diketahui secara jelas. Jika kita lihat tragedi yang terjadi terhadap pesawat Air France, mereka mengambil masa selama dua tahun untuk menemui serpihan besar pesawat itu.
5.18 pm
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menegaskan pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesahkan apa sebenarnya yang berlaku ke atas pesawat. Dalam pada itu, beliau menafikan laporan media berhubung penemuan objek oleh pihak berkuasa Vietnam. "Laporan itu tidah disahkan. Saya hubungi pihak berkuasa Vietnam malam tadi tapi mereka sahkan tidak menemui sebarang objek,".
5.31 pm
Foto dua penumpang misteri yang didakwa menggunakan pasport curi akan didedahkan dalam masa terdekat. Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, siasatan masih dijalankan dari pelbagai sudut oleh pasukan risikan negara dan antarabangsa. tiga fokus utama yang menjadi perbincangan antara deligasi itu adalah mengenai usaha mencari dan menyelamat (SAR), mengenalpasti dua penumpang yang menggunakan passport curi dan usaha membantu ahli keluarga yang terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.
6.21 pm
HO CHI MINH - VIETNAM. Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesahkan, objek kuning mirip rakit keselamatan yang ditemui di lokasi perairan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang adalah pembalut kabel.
6.28 pm
Para nelayan terutama di kawasan utara dan timur laut perairan negara diminta supaya membuat laporan jika ternampak sebarang objek 'pelik' yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat.
6.21 pm
SINGAPURA - Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) terus mengambil bahagian dalam operasi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang dengan menggunakan dua pesawat C130 Hercules dan sebuah helikopter tentera laut Sikorsky S-70B. "Helikopter tentera laut kami menjalankan operasi bersama Kapal Perang Tentera Laut Republik Singapura dalam operasi mencari dan menyelamat itu. Anggota tentera udara kami menaiki C130 akan meneliti tempat yang lebih 20 kali ganda keluasan Singapura,"
6.56 pm
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang. Hishammuddin berkata, imej dua penumpang menaiki pesawat hilang itu menggunakan pasport palsu diserahkan kepada agensi risikan untuk siasatan dan laporan siasatan akan dikeluarkan kepada media dalam waktu terdekat. Beliau menafikan bahawa China telah mengambil alih operasi mencari dan menyelamat MH370 dan menurutnya pasukan khas negara itu yang tiba di sini malam tadi adalah untuk membantu mengesan lokasi pesawat itu. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan objek seakan-akan bot penyelamat dikesan kira-kira 140 kilometer barat daya Pulau Tho Chu di Vietnam. "Kami telah menghantar kapal untuk mengenal pasti objek itu," katanya.
7.18 pm
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) hari ini mengesahkan tompokan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang. Bahan api atau minyak bunker biasa digunakan oleh sektor perkapalan. APMM akan meluaskan lagi kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Laut China Selatan selepas gagal menemui sebarang petanda dalam operasi hari ketiga meliputi kawasan seluas 1,500 batu nautika. operasi yang terbahagi kepada beberapa sektor itu turut melibatkan penggunaan unit udara APMM iaitu pesawat CL415 Bombardier selain menggunakan kapal peronda KM Langkawi, KM Segantang, KM Jujur, KM Sebatik dan KM Amanah.
8.56 pm
Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lepas turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin. Beliau berada di KLIA, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat. "Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya. Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
9.02 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan pihak berkuasa China akan turut membantu pihak berkuasa negara. Penyelidikan latar belakang itu merangkumi hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rekod identiti dan cap jari dari sistem biometrik para penumpang.
9.05 pm
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan dua individu yang menggunakan pasport curi menaiki penerbangan MH370 adalah lelaki dan bukan berwajah Asia. Namun beliau tidak menyatakan kewarganegaraan dua lelaki berkenaan. beliau menyatakan kemungkinan dua lelaki terbabit dalam sindiket pasport curi. Sehubungan itu, kawasan pencarian diluaskan lagi sekitar 100 batu nautika.
9.29 pm
Duta Besar Vietnam di Malaysia Nguyen Hong Thao berkata Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan Usaha Mencari akan mengemaskinikan maklumat sebaik sahaja menerimanya daripada pasukan pencari. "Kami akan lakukan segala yang termampu sekiranya pesawat berkenaan berada di kawasan perairan kami. Malah, kami sudah mengerahkan 17 pesawat dan 11 kapal ke kawasan terjumpanya tompokan minyak serta beberapa objek yang dipercayai berasal daripada pesawat berkenaan,".
10.43 pm
Pasukan khas terdiri 10 pegawai kerajaan China tiba di sini malam ini bagi membantu Malaysia menjalankan siasatan. Pasukan itu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Republik Rakyat China Guo Shao Chun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 8 malam ini. Anggota pasukan itu terdiri pegawai polis, Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar.
11.06 pm
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dirampas. Namun, menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pihaknya memerlukan bukti kukuh bagi mengesan apa yang berlaku ke atas MH370 itu.
11.11 pm
Jabatan Perikanan Terengganu meminta para nelayan di negeri ini agar menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa seandainya mempunyai sebarang maklumat atau petunjuk bagi membantu pihak berkuasa mengesan pesawat. Sementara itu, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut sedia membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memberi segala maklumat berhubung pesawat Boeing 777-200.
11.36 pm
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan. Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.
11 Mac 2014 - Hari Keempat
1.19 am
Operasi mencari dan menyelamat akan diperluaskan ke Lautan Andaman, berhampiran perairan Thailand. Tentera Laut Thailand mengerahkan helikopter Super Lynx serta sebuah kapal ke Laut Andaman, menurut laporan BBC. Dua lagi kapal juga bersiap sedia di Teluk Thailand.
5.21 am
Seorang peniaga mendakwa turut melihat sebuah pesawat terbang rendah di Kampung Kadok, Ketereh, dekat sini, seperti dua nelayan yang dipercayai menyaksikannya berhampiran Kuala Besar, Kota Bharu. Alif Fathi Abdul Hadi, 29, mendakwa melihat cahaya putih lampu dipercayai milik pesawat yang kelihatan menjunam ke Laut China Selatan berdekatan Bachok, jam 1.45 pagi Sabtu lalu.
5.26 am
Kenyataan kumpulan menggelar diri mereka daripada Chinese Martyrs’ Brigade yang mengaku bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370 sedang disiasat walaupun ia diragui. Pihak China dan media negara itu yang menerima kenyataan berkenaan juga menolaknya kerana menganggap ia sebagai palsu untuk membangkitkan ketegangan etnik di negara berkenaan.
Hishammuddin berkata, kerajaan hanya akan mendedahkan gambar dua penumpang misteri yang menggunakan pasport curi selepas siasatan selesai. “Kita mendapat bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL), di mana mereka sudah diberikan akses untuk mendapatkan maklumat seperti biometrik, latar belakang, jantina, tarikh lahir dan cap jari. Justeru, kita minta mereka diberi masa untuk melakukan siasatan terperinci,".
5.30 am
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, ia berpatah balik ketika di ruang udara Laut China Selatan. Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air. “Kali terakhir pesawat itu dikesan berada berhampiran Pulau Perak, di perairan Selat Melaka, pada jam 2.40 pagi oleh menara kawalan udara berhampiran sebelum isyarat hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya. kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara.
6.58 am
Mencari MH370, mengesan "Encik Ali". Pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi. Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali". Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali. Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.
10.17 am
Dua lelaki yang menggunakan pasport palsu untuk menaiki penerbangan MH370 dipercayai merupakan rakyat Iran, lapor rangkaian televisyen BBC Persian hari ini. BBC Persian melaporkan, dua lelaki Iran terbabit menggunakan pasport palsu dengan tujuan berhijrah ke Jerman dan Denmark. Jelas laporan itu, seorang rakan daripada kedua-dua lelaki berkenaan mengaku menjemput mereka di Kuala Lumpur sebaik tiba dari Teheran beberapa hari sebelum berlepas ke Beijing menaiki pesawat MH370. Mereka juga dipercayai membeli pasport berkenaan di Kuala Lumpur selain tiket ke Amsterdam melalui Beijing - Utusan
10.41 am
Kerajaan Vietnam sudah mengeluarkan permit untuk menjalankan gerakan mencari pesawat MH370 di perairannya kepada Malaysia, Amerika Syarikat, Singapura dan China. Menurut Jabatan Penerbangan Awam Vietnam, setakat ini kawasan pencarian sudah meliputi 136,000 persegi.
10.48 am
Sidang akhbar perkemabangan terkini pesawat MH370 yang dijadual pada jam 10 pagi tadi ditangguhkan.
11.36 am
Seremban: 100 pegawai dan anggota bomba bersiap sedia di Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Langkawi bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat Pesawat MH370 dipanggil. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, ia membabitkan pasukan penyelam, Special Tactical Operation Rescue Malaysia (Storm), unit pengesan dan unit udara.
12.18 pm
Operasi mencari dan menyelamat diperluaskan membabitkan darat dan laut apabila wujud kemungkinan pesawat MH370 patah balik ke Subang, kata Penerbangan Malaysia (MAS).
12.20 pm
Melaka: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri menggerakkan sebuah bot 'explorer’ bagi memulakan misi mencari dan menyelamat pesawat MAS MH370 di pesisir pantai iaitu sepanjang Selat Melaka pagi tadi. Ketua Operasi Leftenan (PA) Jamuai Sharif berkata, misi mencari dan menyelamat JPAM Melaka itu dibuat di sektor D, selat terbabit. Operasi kita bermula dari jam 9 pagi, dimulakan dari titik A (garis Melaka dengan perairan antarabangsa) ke titik C (perairan antarabangsa Tanjung Tuan) sejauh 30 batu nautika selain meliputi kawasan lain yang menjadikan keseluruhan kawasan pencarian, 60 batu nautika.
12.45 pm
Qatar bersedia menyalurkan bantuan sewajarnya kepada Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang dilapor hilang.
1.15 pm
Sidang akhbar mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 ditangguhkan sehingga jam 3 petang ini. Pengumuman penangguhan itu ditulis di papan kenyataan bilik media di Hotel Sama-Sama di sini, sebentar tadi.
1.46pm
Beijing menggunakan 10 satelit dalam usaha untuk menjejaki pesawat MAS MH370. Satelit resolusi tinggi yang dikawal Pusat Kawalan Satelit Xian di Utara China akan digunakan untuk kawalan cuaca, navigasi, komunikasi dan aspek lain dalam operasi mencari dan menyelamat.
2.42 pm
Boeing sudah menyertai pasukan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat sebagai penasihat teknikal.
3.08 pm
Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak menolak kemungkinan terdapat elemen keganasan dalam kejadian kehilangan pesawat MH370.
3.21 pm
Polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
3.28 pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370. Siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang.
3.40 pm
Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. beliau berkata, ibu warga negara Iran berkenaan yang berusia 19 tahun, sememangnya menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi. warga negara Iran berkenaan dikenali sebagai Pouria Nour Mohd Mehdad, 19, sebagai seorang daripada dua penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 menggunakan pasport palsu. lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya. seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport warga Itali masih disiasat.
3.53 pm
Kerajaan China berpuas hati dengan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 diketuai negara ini. Duta China di Malaysia, Huang Huikang berkata memang terdapat kritikan pihak tertentu bagaimanapun beliau mengakui operasi dijalankan secara tersusun dan kemas
4.47 pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi mengumumkan suspek yang menggunakan pasport curi dikenali sebagai warga Iran, Poria Nour Mohammad Mehrdad, berusia 19 tahun ketika menaiki pesawat MH370.
5.29 pm
Operasi mencari yang dilakukan bagi mengesan kehilangan pesawat yang memasuki hari ketiga hari ini, masih gagal mengesan sebarang penunjuk. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha itu bagaimanapun akan terus diperhebat dengan memperluaskan kawasan carian selain penglibatan pelbagai pihak termasuk nelayan. "Tetapi kita tidak akan putus asa dan saya gembira kerana ramai yang tampil untuk membantu dengan yang terbaharu dari negara Brunei yang turut menyertai usaha pencarian,” katanya. sehingga kini jumlah aset yang dikerahkan untuk operasi itu meningkat kepada 42 kapal dan 35 pesawat yang merangkumi pencarian di kawasan perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.
5.59 pm
Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat MAS MH370, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut. bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api. kapal yang mempunyai kelengkapan itu dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.
6.51 pm
Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan. Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya. Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh. Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh PDRM, kesemua penumpang menaiki pesawat. Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanyaempat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.
6.59 pm
Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan menerima empat laporan dan satu keterangan saksi daripada orang awam. semua laporan itu mendakwa melihat sebuah pesawat yang terbang rendah ketika kejadian.
7.04 pm
LYON: Interpol sahkan seorang lagi penumpang dikenali sebagai Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 juga warga Iran menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370. "Dua suspek ini masuk ke Malaysia dari Doha menggunakan pasport sendiri sebelum menggunakan identiti individu lain untuk menaiki pesawat yang hilang berkenaan," kata Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble.
kiri: Poria Nour Mohammad Mehrdad; kanan: Delavar Seyed Mohammad Redza
7.51 pm
Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370 kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu. Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.
Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang. Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing.
9.29 pm
Iran menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat dua warganegaranya yang dipercayai menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport curi. Jurucakap Kementerian Luar Iran, Marzieh Afkham berkata republik Islam itu akan "membuat susulan ke atas laporan berhubung kemungkinan dua penumpang warga Iran menaiki pesawat berkenaan."
3.08 am
NEW YORK 11 Mac - Syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370. Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia dalam laman web itu. Pengurus kanan DigitalGlobe, Luke Barrington berkata, pakar algoritma laman web kemudian akan menyelidik objek yang ditanda itu yang mungkin mampu membantu penyiasatan pesawat tersebut. Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu.
12 Mac 2014 - Hari Kelima
7.49 am
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran setakat ini masih gagal menemui sebarang petunjuk. Setakat ini, jumlah aset yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia serta angkatan tentera asing dari negara China, Amerika Syarikat (AS), Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia. Malaysia menggerakkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235,empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain sembilan kapal laut iaitu enam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tiga dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut. Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki. Beliau berkata selain Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan sonar yang mampu mengesan objek di dasar laut juga boleh mengesan haba atau tindak balas arus udara panas pesawat berkenaan.
7.56 am
WASHINGTON: Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) tidak menolak kemungkinan elemen pengganas dalam kejadian pesawat MAS MH370 yang hilang dengan menyifatkan nasib pesawat sebagai 'misteri'.
7.56 am
Malaysia Airlines (MAS) melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid. syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.
8.00 am
BEIJING - CHINA. China menghargai usaha ikhlas Malaysia yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat secara berterusan bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang.
8.43 am
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370. Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu, lapor Media India.
8.27 am
Pakar penerbangan sebut 6 sebab kehilangan misteri MH370. Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.
Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang. kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku.
Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan juruterbang hilang kawalan. Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.
Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU).
Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air. Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air. ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini. Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur.
9.07 am
KUANTAN - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menggerakkan lebih 1,000 ahlinya di seluruh daerah ini untuk membantu pihak berkuasa mengesan pesawat MH370. Ahli Lembaga Pengarah PNK Kuantan, Talib Husin berkata, nelayan yang digerakkan ini adalah terdiri daripada semua kategori termasuklah nelayan pesisir pantai dan laut dalam. pihaknya sudah maklumkan kepada nelayan yang terlibat untuk memberitahu kepada pihak berkuasa jika menemui sebarang penemuan di laut. Setakat ini ada lebih kurang 20 bot jenis C2 sedang berada di tengah laut dan mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini menggunakan walkie-talkie.
9.59 am
BEIJING: Tentera Udara China akan menambah dua pesawat bagi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang hilang, kata ketua penerbangan awam negara itu. Li Jiaxiang, Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam China, berkata usaha mencari dan menyelamat itu akan turut membabitkan kawasan darat.
10.14 am
Pasukan risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berada di England bagi berbincang dengan unit risikan di sana, sama ada wujud kemungkinan elemen keganasan terhadap kehilangan pesawat MH370.
10.23 am
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 yang hilang itu di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu. "Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
10.32 am
PHU QUOC - VIETNAM. Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu. Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.
11.42 am
NEW YORK 12 Mac - Kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc. dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines. DigitalGlobe Inc. berkata, pengguna laman web syarikat itu boleh menanda imej-imej tersebut jika mereka dapat melihat bangkai, bot penyelamat, tompokan minyak atau petunjuk lain. Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://www.tomnod.com.
12.21 pm
Pasukan Bantuan Bencana Jepun tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.30 pagi bagi tujuan membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
1.10 pm
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan beliau ada mengesahkan Pangkalan TUDM Butterworth ada mengesan lokasi pesawat MH370 yang berpatah balik dekat Pulau Perak di Selat Melaka pada jam 2.40 pagi sebelum ia hilang seperti yang dilaporkan BH semalam. "Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak membuat kenyataan sedemikian. Apa yang berlaku ialah wartawan Berita Harian bertanya saya sama ada insiden itu berlaku seperti yang dihuraikan dalam laporan mereka. Bagaimanapun, saya tidak memberi sebarang jawapan, sebaliknya apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan ialah: 'Sila rujuk kepada kenyataan yang saya buat pada 9 Mac 2014 semasa sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera di Hotel Sama-Sama, KLIA.
1.31 pm
PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Azman berkata, ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi sebelum jurucakap APMM mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak. "Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor. Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat. Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
2.22 pm
Sidang media mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu akan berlangsung pada jam 3 petang ini di Hotel Sama-Sama di sini.
3.02 pm
Sidang akhbar MH370 ditangguhkan pada kira-kira jam 4.30 petang kerana KP DCA sedang hadiri mesyuarat di Hotel Sama-Sama ketika ini.
3.27 pm
Tokyo menghantar sebuah pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) semalam bagi memenuhi permintaan Kuala Lumpur membantunya mencari pesawat MH370. namun demikian, aset udara yang dibekalkan Pasukan Pertahanan Jepun dan Pasukan Pengawal Pantai Jepun dijangka digunakan untuk membantu operasi menyelamat pesawat berkenaan.
4.02 pm
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kapal terbang negara itu tidak melakukan pencarian pesawat di daratan, sebaliknyamemperluaskan kawasan operasi di laut.
4.52 pm
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370. Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan. "Tindakan kumpulan nelayan terbabit menggembar-gemburkan penemuan bot pelampung berkenaan dibimbangi akan memberi kesan besar ke atas operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 terbabit. Sepatutnya kumpulan nelayan itu segera menarik bot pelampung terbabit ke darat dan tidak bertindak melulu sehingga berlakunya penyebaran gambar mengenai penemuan boya berkenaan. jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain jika kemungkinan pesawat berkenaan melalui perairan selat Melaka.
4.54 pm
Datuk Seri Najib Razak meminta taklimat diadakan sekali lagi hari ini dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu.
5.45 pm
Pihak berkuasa dan misi mencari dan menyelamat setakat ini belum menemui sebarang kotak hitam daripada pesawat MAS MH370 - Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
5.51 pm
Sebanyak 12 negara sertai misi bersama mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
6.06 pm
Datuk Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa lebih banyak kekeliruan kini timbul apabila pesawat MH370 masih belum ditemui.
6.13 pm
Penerbangan Malaysia (MAS) menjelaskan empat penumpang dalam senarai menunggu dibenarkan menaiki pesawat MH370 selepas empat penumpang asal tidak muncul. Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata empat penumpang senarai menunggu itu adalah termasuk dalam semua 277 penumpang pesawat berkenaan.
6.16 pm
Pesawat Boeing 777 boleh terbang tanpa dikesan oleh radar tetapi bergantung kepada bekalan bahan bakarnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
6.29 pm
Seorang lelaki mendakwa pesawat MH370 sebenarnya tidak mengikut radar yang sepatutnya dan dipercayai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen, Bao'an China pada hari kejadian. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu turut mendakwa MH370 dilarikan dengan kerjasama juruterbang Malaysia Airlines (MAS) terbabit ke China. Dia mendakwa memperolehi maklumat itu ketika melayari laman web www.flightradar24.com mengenai data radar penerbangan pergerakan kapal terbang seluruh dunia.
6.34 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan sebuah objek berupa rakit menyelamat yang ditemui di Selat Melaka hari ini tiada kaitan dengan pesawat MH370.
6.49 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kerajaan telah menghantar satu nota diplomatik kepada kerajaan Vietnam semalam supaya Malaysia boleh menghantar bantuan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan negara itu.
7.09 pm
Kerajaan tidak pernah mengabaikan sebarang maklumat termasuk yang disebarkan di media sosial dalam usaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata setiap maklumat yang diterima akan disiasat dan diteliti pasukan penyiasat bagi mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) penumpang dan anak kapal pesawat MAS itu.
7.21 pm
Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefli Mohd Zin menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370. namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat itu dikesan. "Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik,".
7.38 pm
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, peluang untuk penumpang pesawat MH370 hidup masih ada biarpun sudah masuk hari kelima pesawat jenis Boeing 777-200 itu hilang. Bagaimanapun, beliau berkata, kemungkinan tersebut hanya ada sekiranya pesawat itu selamat mendarat.
7.55 pm
Paris (Perancis): Lembaga kemalangan udara Perancis yang menjalankan siasatan nahas pesawat Air France 447 menawarkan pertolongan kepada Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. Jurucakap cawangan siasatan BEA di Paris berkata, pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dan sedia membantu dalam operasi mencari di bawah air atau pemulihan pesawat.
Penerbangan Air France 447 hilang di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009. Pesawat Airbus A330 itu membawa 288 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris. Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui pada Mei 2011. Kehilangan Air France 447 ituhampir menyamai kejadian pesawat 777-200 MAS yang hilang dari radar selepas berlepas ke Beijing awal pagi, Sabtu lalu.
8.04 pm
TUDM mendedahkan sebuah pesawat tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan. Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing. pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara. radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.
8.09 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 selagi kotak hitam pesawat berkenaan tidak dijumpai. Hanya dengan penemuan kotak hitam sahaja yang boleh merungkai segala persoalan yang berlaku terhadap pesawat itu.
8.13 pm
Kerajaan bersedia mendedahkan data radar awam, yang mengesan kedudukan sebuah pesawat yang mempunyai kebarangkalian melakukan 'pusingan balik' dalam insiden kehilangan pesawat MAS MH370. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, 'pesawat' berkenaan yang dikesan pada pukul 2.15 pagi Sabtu itu masih belum dapat disahkan sama ada ia adalah pesawat MH370 atau tidak. "Berdasarkan kedudukan terakhir pesawat maka kita melebarkan operasi mencari dari Laut China Selatan sehingga ke Selat Melaka," katanya. Hishammuddin juga berkata, kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diperluas sehingga 27,000 batu nautika persegi iaitu 12,425 batu nautika persegi di Selatan Melaka dan 14,400 di Laut China Selatan.
8.33 pm
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) tidak dapat mengesahkan bahawa objek yang ditemui sekumpulan nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson semalam merupakan rakit keselamatan sebuah kapal terbang. Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, Maritim telah menerima laporan berhubung penemuan objek tersebut daripada nelayan dan mengarahkan anggotanya di Daerah Kuala Linggi di Alor Gajah dekat sini ke kawasan itu untuk melakukan siasatan. "Apabila anggota Maritim cuba ambil alih objek itu daripada nelayan, objek itu terlepas dan tenggelam ke dalam laut...mungkin kerana tali yang digunakan itu reput,".
9.33 pm
Pesawat Boeing 777-200 boleh terbang di bawah radar selagi ada bahan bakar, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman. "Boleh (terbang bawah radar) selagi ada bahan bakar," katanya. Sementara itu, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentang kekeliruan maklumat berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut MH370 dipercayai berpatah balik. "Plot terakhir dikesan pada 2.15 pagi di Pulau Pinang. Ia adalah plot yang tidak dikenali. Iaterbang 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari aras paras laut. Saya tak kata ini adalah MH370. Dari awal kami kata 'ada kemungkinan'. Kami masih siasat,". Pihak berkuasa meminta sedikit lagi masa untuk menyiasat perkara tersebut.
11.08 pm
Berikut kenyataan Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam taklimat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 hari ini:
Usaha mencari itu diperluaskan kepada dua kawasan. Kami kini menelusuri hampir 27,000 batu nautika persegi: 12,425 batu nautika persegi di Selat Melaka, dan 14,440 batu nautika persegi di Laut China Selatan. 42 kapal dan 39 pesawat digerakkan untuk mencari pesawat MAS MH370. 12 negara menyertai usaha mencari, dengan India, Jepun dan Brunei, negara terbaharu menyertainya. Langkah ke hadapan ialah membawa lebih banyak pakar untuk menganalisis data awam dan ketenteraan; di Timur atau Barat, di daratan atau perairan – dan sebenarnya inilah apa yang sedang dilakukan. Kami kini bekerjasama dengan banyak pakar, termasuk dari syarikat Boeing, Pihak Berkuasa Penerbangan Amerika Syarikat, dan National Transport Safety Board Amerika untuk membantu siasatan.
ISU-ISU
1. Berpatah Balik
Apabila PM mengarahkan kawasan mencari diperluaskan pada Sabtu, dan tiada kesan pesawat itu dijumpai, kami meneliti rekod-rekod radar ketenteraan bagi kawasan pencarian yang baharu. Kami menemui kemungkinan bahawa MH370 telah melewati sehingga Selat Melaka. Kami kemudian menghantar kapal-kapal dan pesawat untuk mencari di kawasan baharu. Malah, walaupun ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kami mengambil keputusan ia adalah penting untuk memperluaskan usaha mencari di kawasan ini.
2. Hubungan Vietnam
Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Vietnam. Sepanjang pengetahuan kami kerjasama ini sangat baik. Kami sudahpunmeminta kebenaran untuk kapal Malaysia di kawasan yang di dalam tanggungjawab Vietnam. Kerajaan Vietnam memberi respon yang positif, dan meminta satu nota diplomatik dari Malaysia, yang sudahpun dihantar oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia.
3. Penumpang yang tidak menaiki pesawat.
Semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat. Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Merekadigantikan dengan empat penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.
4. Pasport yang digunakan rakyat Iran.
Dua lelaki yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menggunakan pasport yang sama.
sumber: berita harian, astro awani, kosmo, sinar harian, myMetro, utusan
Admin dah dapat beberapa klu , cuma Admin belum ingin mendedahkan apa yang admin dah...Nantikan keunculannya..
SEKIAN
Apa komen anda ?
Apa komen anda ?
0 Response to "MISTERI KEHILANGAN MH370 : KRONOLOGI PENUH PERISTIWA YANG MASIH MENJADI TANDA TANYA ??"
Post a Comment