Pendedahan Siapa Pembeli 2 Tiket Yang Menggunakan Passport Palsu !



Pendedahan Siapa Pembeli 2 Tiket Yang Menggunakan Passport Palsu !


Dua penumpang yang menaiki MH370 dengan menggunakan passport curi itu dipercayai adalah warga negara Timur Tengah selepas The Financial Times melaporkan pendedahan mengenai tiket yang dibeli oleh seorang warganegara Iran di sebuah resort di Pattaya, Thailand.

The Financial Times secara ekslusif melaporkan bahawa sebuah agensi pelancongan Thai telah membooking tiket untuk lelaki tersebut yang mana dia menyatakan hasratnya untuk melakukan travel arragement dengan seorang kenalan daripada Iran.

Ejen pelancongan, Benjaporn Krutnait, telah membelikan 2 keping tiket tersebut setelah dibooking oleh seseorang bernama "Mr Ali". Tiket tersebut adalah penerbangan ke Eropah bukan ke Beijing. Dia berkata, permintaan pertama Mr Ali adalah membooking untuknya dua keping tiket ke Eropah untuk kliennya.

Dia memberitahu bahawa dia biasa membeli daripada orang yang sering membooking tiket melalui middleman yang mana biasanya memakan komisyen.

Ali juga ditanya tentang harga paling murah ke Eropah untuk kliennya dan tidak memberitahu secara spesifik untuk membooking Kuala Lumpur - Beijing, yang mana ia langsung tidak menampakkan tanda-tanda terorisme.

Benjaporn pula telah membooking sebuah tiket untuk seorang daripadanya untuk menaiki Qatar Airways dan seorang lagi menaiki penerbangan Etihad Airways. Tetapi tiekt tersebut telah tarikh luput kerana Benjaporn tidak mendengar apa-apa respons daripada Ali.

The Financial Times melaporkan bahawa Ali telah menghubungi Benjaporn kembali pada Khamis, kemudian dia membooking kembali 2 buah tiket untuk kliennya itu terbang daripada Kuala Lumpur melalui Beijing kerana ia adalah tiket paling murah ketika itu.

Seorang rakan kepada Ali telah membayar cash kepada Benjaporn untuk tiket tersebut. The Financial Times melaporkan, disitu tiada apa-apa bukti menyatakan bahawa Ali kenal dengan dua orang lelaki yang telah terbang menggunakan passport curi tersebut.

Benjaporn kemudiannya membeli tiket tersebut melalui pejabat China Southern Airlines yang berlokasi di Bangkok.

Dua orang penumpang sepatutnya terbang dari Beijing ke Amsterdam pada Sabtu. Penumpang tersebut terbang dengan menggunakan passport "Luigi Miraldi" yang seharusnya terbang ke Copenhagen dan seorang lagi "Christian Kozel" ke Frankfurt.



Interpol telah berkata ketika menyiasat pemegang passport tersebut dan meneliti rakaman dua orang lelaki tersebut. Ia adalah perkara biasa apabila berlaku kes penipuan dokumen untuk digunakan dalam penerbangan antarabangsa bagi tujuan imigrasi tidak sah atau penyeludupan dadah tetapi faktanya, kapal terbang tersebut telah hilang dan cuba dikaitkan dengan serangan pengganas.

Dua orang yang menggunakan passport palsu itu adalah berwajah "non-Asian". Menurut laporan awal, mereka terbang daripada Kuala Lumpur, satu menggunakan passport Itali dan satu lagi menggunakan passport Austria. Passport yang dilaporkan hilang pada tahun lepas oleh Maraldi dan Kozel, kedua-duanya.

Tiket penerbangan sehala dibawah nama kedua-dua mereka telah dikeluarkan oleh sebuah agensi di Pattaya, timur Thailand.

Sekian dahulu laporan daripada saya bersumberkan The Financial Times.

-bradokapak-

3 Responses to "Pendedahan Siapa Pembeli 2 Tiket Yang Menggunakan Passport Palsu !"

  1. laporan mcm kap lam ya nga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wat its tat mean?

      Delete
    2. laporan macam keling?seriously fairuz?hahaha

      Delete