ALVIN & VIVIAN SELAMAT, ALASAN KERANA BUKAN ISLAM



Alvin Tan dan Vivian Lee ketika keluar dari mahkamah ketika didakwa sebelum ini. 

Mahkamah Rayuan hari ini menolak dakwaan mengikut Kanun Keseksaan terhadap dua blogger seks kerana ia tidak terpakai terhadap bukan Islam.
Tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki berkata dakwaan mengikut Seksyen 298A tidak terpakai terhadap Alvin Tan(Tan Jye Yee) dan Vivian Lee ( Lee May Ling).

“Kami membenarkan rayuan (mengetepikan dakwaan) kerana kami terikat dengan keputusan Mahkamah Agung pada 1998,” katanya.

Timbalan Pendakwaraya Wan Shahruddin Wan Ladin berkata, Putrajaya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Malaysian Insider

NOTA : Perosak bangsa dilepaskan , Fakir mencuri RM1 dimasjid dipenjara..... Apakah ?? SS 






0 Response to "ALVIN & VIVIAN SELAMAT, ALASAN KERANA BUKAN ISLAM"

Post a Comment