Galaksi
Telefon Samsung Galaxy (insert model) memang laku di Malaysia. Cleaner di KLCC pun pakai Note 3. Kami sendiri tak mampu beli new handphone on a yearly basis so kami dapat free dari manufacturer like a bawse. LOL. Anyway ini ialah fasiliti milik Samsung di Suwon. Di dalam makmal ujian ini peranti terkini keluaran Samsung diuji sebelum dijual kepada orang ramai.
Antara ujian yang dilakukan ialah melihat kesan radiasi, tahap kualiti audio, kamera, ketahanan hentakan, ketahanan debu dan kekuatan antena. Ujian audio dilakukan menggunakan robot. Sangat menarik dan tidak disangka. Ujian haba dan radiasi dilakukan dengan melihat berapakah suhu air yang naik apabila peranti berada berhampiran dengan mankuk air yang diambil suhunya.
Malangnya tiada ujian terhadap akaun bank pengguna dan tangisan yang dititiskan apabila telefon rosak selepas habis tempoh warranty. Damn sad I tell you. Galaxy Note kami pernah jatuh dan kami kopak RM600. FUUUUUUUUUU!
0 Response to "COOL - MARI MELAWAT PUSAT UJIAN PERANTI GALAXY SAMSUNG (16 GAMBAR)"
Post a Comment