Genting Gaza dibedil kurang 48 jam

Serangan udara terbaharu di Genting Gaza dilancarkan Israel dalam tempoh kurang 48 jam.


Genting Gaza dibedil kurang 48 jam


GENTING GAZA - PALESTIN. Rejim Zionis sekali lagi membedil Semenanjung Gaza kurang daripada 48 jam selepas beberapa serangan udara dilancarkan di wilayah itu.

Pihak berkuasa Palestin memaklumkan, lima kawasan di utara dan selatan Genting Gaza menjadi sasaran terbaharu insiden terbabit.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, menurut Press TV.

Jumaat lalu, sebanyak 18 roket dibedil di beberapa lokasi selepas pesawat pejuang Israel melancarkan tujuh serangan secara serentak di wilayah terbabit.

Sejak bulan lalu, rejim Zionis telah meningkatkan serangan di Gaza dan tindakan tersebut turut dikecam banyak pihak kerana ia secara terang-terangan mencabuli gencatan senjata yang ditandatangani pada 2012.


0 Response to "Genting Gaza dibedil kurang 48 jam"

Post a Comment