Sharnaaz mahu bersemuka dengan Lisdawati






Sharnaaz mahu bersemuka dengan Lisdawati | Masalah yang kecil harus diselesaikan secara mudah dan ringkas.mengadu domba dan membesarkan kes , hanya membuang masa TYPICALMALAYSIAN ARTIST

SATU Malaysia tahu pertelingkahan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan pelakon senior, Lisdawati yang tercetus sejak Februari lalu.

Setelah berlaku perang mulut dan cabar mencabar, akhirnya Sharnaaz mengaku akan bersemuka dan selesaikan permasalahan itu sendiri bersama aktres itu.

Bagaimanapun, dia masih menunggu masa yang sesuai memandangkan Lisdawati masih sarat mengandung.

“Sebolehnya, pertelingkahan saya dengan dia biarlah berlalu. Cuma, sekarang, saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya memang tak suka bercakap pasal orang yang tak ada kena mengena dalam hidup saya!

“Tapi saya memang akan selesaikanlah sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat!,” kata Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, malam kelmarin.

Sebelum ini, Sharnaaz didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’ di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu. Malah Lisdawati turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas mendakwa menerima SMS berbaur ugutan dari aktor itu.

Selesa bersama Nellydia
Beralih mengenai gambar-gambar mesranya bersama Nelydia Senrose yang pernah meneruskan kontroversi, Shaarnaz tetap dengan pendiriannya yang hanya bertujuan mempromosikan drama Bukan Aku Tak Cinta.

Meskipun drama terbitan Pena Creative Production itu baru saja berakhir, ia tetap menimbulkan pelbagai persepsi, sementelah lakonan mereka juga kelihatan begitu serasi dan intim sekali.

“Tentang kontroversi gambar, mahupun babak mesra kami itu, seperti yang saya pernah katakan, perkara itu melibatkan kerja

“Berbaloilah penat lelah kami semua untuk menghasilkan drama ini di tahap yang terbaik apabila drama ni dapat ‘rating’ yang tinggi dan mendapat sambutan hebat.

“Apa yang paling mengejutkan saya, kanak-kanak pun suka watak Jebat. Mungkin pada awal sikap Jebat tu memang dibenci penonton, tapi tak sangka penonton dapat menerima karakter Jebat, yang selalu akan buat orang marah padanya," katanya.

Menurut Sharnaaz, kejayaan tersebut bukan hanya kerana dia dan Nelydia semata-mata, tapi seluruh kru produksi yang bekerja keras demi drama tersebut.

"Sebenarnya, sepanjang drama tersebut bersiaran, saya belum pernah menontonnya. Masa bersiaran itu, saya hanya mahu drama ini ‘beyond extra-ordinary’, kerana jangkaan dan harapan penonton terhadap cerita ini sangat tinggi.

"Jadi itu membuatkan saya takut kalau-kalau saya buat silap dalam lakonan saya,” katanya.

NOTA : Sebelah Pihak bertolak ansur maka selesai.



0 Response to "Sharnaaz mahu bersemuka dengan Lisdawati"

Post a Comment