Story - KONSPIRASI : Malaysia terdedah dengan risikan AS?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca STORYSKET yang admin sayangi.Hari ini genap 30 hari kehilangan pesawat MH370 milik bersama Malaysia-China dan sebarang petunjuk sahih sama ada serpihan kapal atau sebarang signal dari kotak hitam belum ditemukan oleh pihak SAR.Malaysia dalam keadaan ditekan oleh negara-negara terlibat supaya memperkuatkan usaha mencari dan menyelamat ini.

Dalam Malaysia sibuk menyelesaikan isu MH370 ini ada beberapa perkara berkaitan keselamatan negara yang tidak kita perasan berkemungkinan sedang dirisik AS.AS seperti kita sedia maklum mempunyai ejen-ejen perisik berkebolehan tinggi dan berpengalaman.
Apa yang kita perlu tahu mengenai hubungan AS-Malaysia ini?

1. FBI telah menghantar wakilnya untuk menyiasat kes MH370.FBI juga dapat mengakses beberapa maklumat secara langsung berkenaan sistem keselamatan negara.

2. Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan AS,Edward Snowden juga pernah mendedahkan beberapa dokumen dan rahsia sulit dimana salah satunya berkaitan risikan AS terhadap 5 Billion pengguna telefon selular di dunia.Edward mendedahkan AS dapat mengakses lokasi dan informasi pengguna tersebut secara mendalam.Ia juga melibatkan beberapa tokoh-tokoh terkenal serata dunia.Benda mudah macam ne pun boleh diakses AS?..Apatah lagi yang lain2?

3. Edward juga mendedahkan bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima,Tun Abdullah Ahmad Badawi tersenarai dalam tokoh-tokoh yang dirisik oleh AS semasa zaman pemerintahannya.Benarkah Tun Abdullah sahaja?..Tun Mahathir?..DS Najib?

4. Perjanjian sulit TPPA yang mencurigakan dimana perjanjian ini melibatkan Malaysia,Brunei,Kanada dan beberapa negara bersama AS.Perjanjian ini dibuat selepas AS gagal mencapai persetujuan dalam Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa(WTO) dimana negara2 selatan tetap ingin mempertahankan hak dan kedaulatan masing2.Tun Mahathir sendiri mencurigai perjanjian TPPA kerana kerajaan tidak mendedahkan isi kandungan perjanjian itu.

5. Perjanjian sulit TPPA yang gagal ditandatangani sebelum ne bakal dibincang semula pada hujung April 2014 apabila Presiden AS,Barrack Obama akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan negara2 terlibat TPPA untuk menyelesaikan perjanjian tersebut.

6. Dalam isu MH370,Malaysia banyak bergantung kepada maklumat diberikan AS dalam menentukan sesuatu perkara contohnya data dari syarikat INMARSAT yang membuat kiraan bahawa perjalanan MH370 berakhir di Lautan Hindi manakala PM Malaysia,DS Najib terus mengumumkan perkara tersebut kepada media dan rakyat khususnya di Malaysia


Sampai disini sahaja dahulu.Nantikan artikel berkenaan CIA,FBI dan skandal perisikan mereka


CREDIT :  nampaksamatapitakserupa

4 Responses to "Story - KONSPIRASI : Malaysia terdedah dengan risikan AS?"

  1. kehilangan pesawat MH370 milik bersama Malaysia-China - SEJAK BILA PESAWAT MAS JADI MILIK BERSAMA?

    ReplyDelete
  2. Tropicana81: Baca betul-betul.KEHILANGAN pesawat yang milik BERSAMA MSIA-CHINA.bukan kapal tu yang MILIK BERSAMA.

    ReplyDelete
  3. Tu ler kalu salah baca n nada tidak dibaca dgn intonasi sebenar....pamaham trus bertukar ...hati2 membaca n slamat membaca..

    ReplyDelete