Tindakan Berani Shahz Jaszle Kejam!



Terkejut juga pertama kali melihat keakraban yang terjalin diantara pelakon kontroversi Shahz Jaszle bersama seorang wanita yang bernama Hanis Husna di laman sosial Instagram. Belum lagi selesai kes di mahkamah, Shahz Jaszle nampaknya semakin berani memulakan langkah tanpa memikirkan perasaan hati tunangnya. Walaupun sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan hubungan kedua mereka bergolak namun ianya di nafikan oleh tunangnya Redzwani.

Terbaru, status gadis tersebut telah mula menimbulkan pelbagai persoalan baru sekaligus menyebabkan ada peminat  mula memberikan komen negatif mengenai perkara tersebut. Komen Shahz Jaszle juga turut menimbulkan kontroversi,“I don’t care what you’re gonna say. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this”

Melihat kepada komen tersebut jelas menunjukkan ada sesuatu perkara yang cuba disampaikan dan drama ini berterusan melalui Instagram Hanis Husna yang mengesahkan sendiri bahawa Shahz telah pun memutuskan tali pertunangan dengan Redzwani.

Ianya sekaligus telah mengejutkan tunang Shaz Jaszle yang jelas tidak faham apa yang sedang berlaku namun hanya redha dengan apa yang berlaku. Lebih menambah derita, Redzwani menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang kejam serta mengharapkan semua pihak tidak perlu rasa simpati dengan apa yang berlaku. Kejadian tersebut nampaknya telah menarik perhatian pengikut kedua-dua belah pihak yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan Shahz.







3 Responses to "Tindakan Berani Shahz Jaszle Kejam!"

  1. ellehhhhh Biasa la artis cari publisiti murahan la tu mau menimbulkan kontrovesi.

    ReplyDelete
  2. Menyampah haku ngn retis skang

    ReplyDelete
  3. jauhi la lelaki yg brsifat begini, sering mengecewakan perasaan org lain....

    ReplyDelete