Tips Dari Irfan Khairi : Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 1 & 2 ) : Dalam perniagaan, manakah yang lebih penting? Mengguna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?
Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Kita pecahkan kegunaannya di bawah:
Facebook untuk perniagaan:
- Berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
- Berkongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
- Update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan
- Kongsi pengalaman-pengalaman lalu dan info terkini
Pamerkan gambar-gambar kejayaan perniagaan anda untuk mendapat kredibiliti
Blog untuk perniagaan:
- Tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
- Huraikan segala maklumat produk dan perniagaan dengan menyeluruh
- Kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
- Tonjolkan testimoni-testimoni yang memberi keyakinan
- Amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!
Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.
Tiada syarat yang tetap, sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun di facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.
- Sebaik-baiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook.
Facebook amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke laman Facebook.
Bagi anda yang belum add Irfan Khairi di Facebook, boleh “Like” dihttp://www.facebook.com/irfankhairi.fb kerana saya memberi tip-tip pendek motivasi & kewangan setiap hari di sana. Saya akan menunggu komen anda di wall fb saya!
SUMBER
SUMBER
0 Response to "Tips Dari Irfan Khairi : Blog Perniagaan vs Facebook Perniagaan (Bahagian 1 & 2 )"
Post a Comment