Mayat Koperal Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Pulau Mabul, dipindahkan ke Hospital Tawau untuk bedah siasat |
Seorang anggota polis Maut , Hilang Dalam Serangan Hendap Terbaru di Sabah | Terkini, pada malam tadi, telah berlaku satu serangan terbaru di sebuah resort berhampiran Mabul Island. Seorang polis marin negara kita telah terkorban dan seorang lagi dipercayai hilang akibat diculik oleh pihak pengganas Sulu.
Innalillah. Bertapa sedihnya seluruh rakyat Malaysia apabila mengetahui berita ini. Nampaknya pengganas Sulu ni makin menjadi-jadi, hilang pertimbangan, hilang akal, hilang segala-galanya!!. Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) maut ditembak manakala rakannya dipercayai diculik lapan lelaki dalam kejadian di Pulau Mabul, Semporna, jam 11.00 malam tadi.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini, lapor sebuah portal.
Sementara itu, menurut sumber mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.
Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.
Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.
Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.
Laporan itu turut menyebut, Zakiah turut sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.
0 Response to "Seorang anggota polis Maut , Hilang Dalam Serangan Hendap Terbaru di Sabah"
Post a Comment