Samsung Memperkenalkan Galaxy S5 dan Gear Fit Secara Rasmi




Samsung Memperkenalkan Galaxy S5 dan Gear Fit Secara Rasmi | Wah Samsung Galaxy telah diumukan secara rasmi oleh Samsung. Jom lihat gambar dan spesifikasi telefon pintar hebat ini

Samsung Memperkenalkan Galaxy S5 dan Gear Fit Secara Rasmi


Samsung hari ini memperkenalkan Galaxy S5 secara rasmi dengan beberapa ciri baru serta sensor degupan jantung.
Seperti yang dijangka, Galaxy S5 mempunyai pengesan cap jari pada bahagian home button. Berbeza dengan Touch ID pada iPhone 5S yang merakam imej cap jari tanpa pergerakan, pengesan cap jari pada Galaxy S5 berfungsi apabila jari digerakkan (slide) pada bahagian home button tersebut.
Dari segi rekaan, Galaxy S5 tidak jauh berbeza dengan Galaxy S4 tetapi menggunakan material yang lebih premium dan berkualiti. Galaxy S5 juga kalis air dan habuk, mempunyai 4 pilihan warna iaitu hitam, putih, biru dan emas.
Screen Shot 2014-02-25 at 4.34.28 AM
Skrinnya bersaiz 5.1 inci dengan resolusi HD penuh 1080p, menggunakan cip quad-core 2.5GHz dan 2GB RAM. Galaxy S5 menggunakan Android 4.4.2 Kit Kat dan mempunyai kamera 16 megapiksel dengan autofokus terpantas, 0.3 saat serta mod HDR yang lebih baik.

-5.1-inch 1920 x 1080 FHD Super AMOLED display
-2.5GHz Quad core processor
-Android 4.4.2 (Kitkat)
-heart rate sensor
-16 megapixel camera, 2.1 megapixel
-fifth generation Wi-Fi 802.11ac and 2X2 MIMO
-Download Booster WiFi-LTE bonding
-Finger Scanner
-IP67 dust and water resistant
-2800mAh battery
-2GB RAM
-16/32GB memory (up to 64GB w/ microSD)
-dimensions: 142.0 x 72.5 x 8.1mm, 145g
-charcoal Black, shimmery White, electric Blue and copper Gold
Samsung juga meletakkan sebuah sensor degupan jantung pada bahagian belakang Galaxy S5 di sebelah LED flash, mampu mengesan degupan jantung apabila jari diletakkan pada sensor tersebut.
Screen Shot 2014-02-25 at 4.36.44 AM
Galaxy S5 juga direka untuk berfungsi bersama-sama dengan Gear Fit, sebuah jam tangan kecergasan dengan skrin melengkung. Gear Fit lebih kecil dan ringan berbanding Gear 2 dan memfokuskan kepada mengira langkah dan sensor degupan jantung.

Untuk Selective Focus pula, pengguna boleh membuat fokus kepada gambar mengikut kesukaan mereka dengan mudah, sekaligus menjadikan hasil rakaman lebih menarik lagi.
Dari segi sokongan rangkaian pula, pihak Samsung menyertakan sokongan rangkaian WiFi generasi kelima mereka, iaitu WiFi MIMO 802.11ac. Selain daripada itu, pihak Samsung turut menyertakan sebuah sokongan baru dinamakan sebagai Download Booster yang membolehkan anda memuat-turun dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.
Samsung turut menekankan yang mana penggunaan peranti bukan terhad kepada penggunaan suatu cuaca sahaja, dan kini membawakan sokongan kalis air dan debu IP67. Namun, ia hanya sekadar kalis air sahaja, dan tidak boleh direndam untuk masa yang lama di dalam air.
Untuk membolehkan pengguna menggunakan peranti untuk lebih lama, Samsung menyertakan sebuah fungsi dinamakan sebagai Ultra Power Saving Mode, yang mana akan mengubah skrin ke warna hitam dan putih, serta mematikan semua fungsi dan hanya mengaktifkan panggilan telefon dan SMS sahaja.
Samsung mengatakan apabila bateri berada dibawah tahap 10%, peranti tersebut boleh digunakan sehingga 24 jam lagi apabila mod ini diaktifkan.
Untuk tujuan keselamatan, pihak Samsung turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, yang mana boleh digunakan untuk tujuan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih. Sokongan pengimbas cap jari juga turut boleh mengaktifkan Private Mode yang memaparkan dokumen dan gambar yang hanya eksklusif untuk jari anda sahaja.
Kids Mode turut disertakan pada Galaxy S5, untuk memudahkan pengguna memberikan peranti mereka kepada anak-anak kecil mereka dengan sebuah mod khas dan akses terhad kepada mereka.
Sebuah aplikasi dinamakan sebagai Lifestyle Coach turut disediakan yang menawarkan aktiviti yang bersesuaian dengan anda untuk menjadikan hidup anda lebih cergas dan sihat.
Beberapa aksesori turut disediakan, selain mana Galaxy S5 turut hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Melengkapkannya lagi adalah Samsung Galaxy Gift yang menawarkan beberapa kandungan dan aplikasi secara percuma untuk pelanggan Samsung.
Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan kepada umum pada 11 April di lebih 120 buah negara seluruh dunia. Seperti Galaxy S4, kita mungkin akan dapat melihat ia turut diperkenalkan di Malaysia pada masa yang sama.

Lagi gambar
03_SM-G900F_electric BLUE_02
04_SM-G900F_shimmery WHITE_02







05_SM-G900F_copper GOLD_02













Sekian.
Terima Kasih.

SUMBER

0 Response to "Samsung Memperkenalkan Galaxy S5 dan Gear Fit Secara Rasmi"

Post a Comment