Echo sounder dikatakan alternatif cari kotak hitam berikutan mampu mengeluarkan gelombang dan menggunakan pantulan gelombang untuk kesan sebarang objek di depannya.
Guna echo sounder, cari kotak hitam
Guna echo sounder, cari kotak hitam | Sekiranya kuasa bateri kotak hitam MH370 habis selepas tempoh 30 hari dan tidak lagi mengeluarkan signal untuk dikesan, satu alternatif lain boleh digunakan untuk mencari lokasi kotak hitam itu.
Pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof Madya Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, teknologi 'echo sounder' boleh digunakan untuk menjejaknya.
“'Echo sounder' berfungsi seperti radar dengan mengeluarkan gelombang ke dasar laut dan dipantulkan kembali serta diterjemahkan dalam bentuk imej seperti apa yang berada di dasar laut dan juga bentuk permukaan.
“Gelombang yang dikeluarkan 'echo sounder' ini boleh saya katakan seperti seekor kelawar terbang pada waktu malam dan menggunakan pantulan gelombang untuk mengesan sebarang objek di depannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, isyarat ping yang dikesan kapal peronda negara China kelmarin, adalah petunjuk positif ke arah penemuan kotak hitam itu.
“Jika benar pesawat itu berada di dasar Lautan Hindi dan mengeluarkan isyarat berbentuk frekuensi radio, kita boleh mengesan lokasi sebenar kotak hitam.
“Namun kita perlu memastikan adakah benar frekuensi 37.5 kHz itu dari kotak hitam MH370,” katanya.
Mengenai jangka hayat bateri kotak hitam itu, Mohamed Tarmizi tidak menolak kemungkinan ia mampu bertahan lebih dari 30 hari.
“Sebelum 30 hari, bateri itu memang berfungsi mengeluarkan signal untuk dikesan pasukan mencari dan menyelamat.
“Ketahanan bateri kotak hitam berfungsi bergantung pada bila ia ditukar. Jika baharu ditukar dan diselenggarakan, bermakna ia mampu bertahan untuk lima ke 10 hari.
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya menafikan penyelenggaraan ke atas bateri kotak hitam MH370 itu longgar.
Katanya, MAS mempunyai program penyelenggaraan bateri untuk menggantikannya sebelum tamat tempoh dan pihaknya mengetahui bateri untuk pesawat ini akan digantikan pada Jun 2014.
Isyarat ping atau nadi elektronik merupakan isyarat yang dipancarkan setiap sejam bagi mengesan kedudukan kotak hitam sekiranya berlaku nahas pesawat.
Isyarat itu boleh dikesan sehingga jarak 1.5 kilometer dengan mikrofon dalam air bagi membantu mengesan kotak hitam sekiranya pesawat terhempas ke dalam air. - SINAR
Nota : Genap 31 hari kehilangan #MH370 . YA ALLAH JIKA IA DIDALAM TIMBULKANLAH . AMIIN
0 Response to "Guna echo sounder, cari kotak hitam"
Post a Comment