MH370: Apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam?


Kotak Hitam

MH370: Apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam?  


MH370: Apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam? |  Kotak hitam, yang merekodkan semua data di dalam kapal terbang, adalah alat penting dalam penyiasatan kemalangan udara dan kerana kotak hitam, sembilan daripada sepuluh kemalangan dapat dijelaskan.

Pesawat komersil akan membawa dua kotak hitam.  Perakam Digital Data Penerbangan mengandungi maklumat tentang kelajuan, ketinggian dan arah, manakala Perakam Suara Kokpit menjejaki perbualan kokpit dan bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang.

Ia sebenarnya berwarna oren ditambah dengan jalur putih agar ia mudah untuk dikesan. Setiap kotak hitam seberat tujuh hingga sepuluh kilogram (15-22 lb).

Diperkenalkan penggunaannya untuk penerbangan pada tahun 1960-an, perakam penerbangan diletakkan di dalam kotak besi agar ia dapat tahan lasak, elak dari kebakaran dan dapat bertahan di dalam air yang dalam.

Ia boleh bertahan sedalam 6,000 meter (hampir 20,000 kaki) di bawah air atau kepada suhu yang sangat panas iaitu 1,100 darjah selsius untuk satu jam. Ia dilengkapi dengan pengesan yang boleh mengeluarkan isyarat selama kira-kira satu bulan.

Isyarat itu kadang-kadang boleh berterusan selama beberapa hari selepas tempoh ini, kira-kira lapan hingga 10 hari, menurut ketua misi carian Australia, Angus Houston.

Frekuensi 37.5 kHz adalah denyutan yang paling biasa untuk perakam data penerbangan, menurut pakar . Ia adalah tahap yang sama di mana isyarat yang dikesan oleh kapal Cina Haixun 01 pada 5 April ketika pencarian dilakukan di selatan Lautan Hindi untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.

Kotak hitam dapat dikesan dalam purata dua kilometer (1.2 batu).

Perairan dimana kapal China melakukan pencarian adalah 4.5 kilometer (hampir tiga batu) dalam.

Jadi, walaupun isyarat didapati datang dari pesawat namun kerja mencari tetap akan menjadi satu cabaran, kata Houston.

Pada Januari 2004 kotak hitam penerbangan Mesir yang terhempas di perairan Sharm el-Sheikh ditemui selepas carian dua minggu, 1,022 meter di bawah air.

Pada bulan Mei 2011, selepas 23 bulan tenggelam pada kedalaman 3,900 meter di Lautan Atlantik, kotak hitam penerbangan Air France AF447 berjaya ditemui dengan data yang masih utuh.

Ini dapat membantu penyiasat untuk menentukan punca kemalangan yang berlaku pada 1 Jun 2009. - Awani

NOTA : Apa-apa punkita disini Teruskan BERDOA , agar semuanya dalam keadaan selamat .



2 Responses to "MH370: Apa kaitannya denyutan 37.5 kHz dan kotak hitam? "

  1. Moga menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita
    http://kainkapanku.blogspot.com/2014/01/peristiwa-besar-menjelang-kiamat-kubra.html

    ReplyDelete
  2. Setelah kesemua tanda-tanda kecil kiamat kecil telah lengkap kita hanya menunggu kedatangan peperangan paling besar dalam Peradaban manusia, kemenangan Umat islam, Tapi Allah tidak membiarkan kemenangan dapat begitu sahaja, ada harga yang kita perlu bayar dengan apa yang telah kita lakukan, maka kemenagan umat islam akhir zaman dengan kedatangan Kiamat besar maka akan terjadilah peperangan yang amat besar, sila baca sini
    http://kainkapanku.blogspot.com/2014/03/perang-amagedon-peperangan-bintang.html

    ReplyDelete