TIPS MENDIDIK ANAK SUPAYA MUDAH MENGHAFAL AL-QUR'AN | Walaupun saya sendiri belum berkahwin,namun saya ingin kongsikan tips ini yang diberi oleh bapa kepada adik Musa,Hafiz dari Indonesia yang berumur 5 Tahun dan sudah menghafal 29 Juzuk Al-Qur'an sehingga hari ini.Video yang dimuatnaik di laman sosial tersebut nyata menyentuh hati setiap insan yang melihatnya kerana kagum dengan kebolehan anak kecil tersebut.
Tips asal ditulis dalam bahasa Indonesia dan saya terjemah ke bahasa Malaysia.Jika ada sedikit kesilapan terjemahan harap dimaafkan.
1. Carilah Isteri solehah kerana dia bakal menjadi 'partner' dalam mendidik anak kelak
2. Menegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar kepada anak walaupun masih kecil.
3. Jauhkan anak-anak dari hiburan seperti muzik dan tontontan yang boleh merosak minda
4. Tanamkan Aqidah dan Tauhid dalam diri anak sejak kecil
5. Perkenalkan kepada anak siapa Ahli Solat dan siapa Ahli Maksiat
6. Ibu Bapa harus menjadi contoh terbaik untuk anak
7. Ibu Bapa ketika melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar harus ada perasaan tegas kepada anak-anak.Contohnya ketika mengarahkan anak-anak belajar, banyak orang tua yang tidak tegas.Ingat, Emas tidak akan berharga jika kecuali ditempa dengan luar biasa.
8. Tentukan jadual anak seketat yang mungkin, bila belajar,makan,solat,mandi,bermain dan pastikan anak mengikut setiap dualnya.
9. Jangan mempedulikan kata-kata negatif orang lain, tetap Istiqamah dalam mendidik anak dan yakin.
10. Ibu Bapa tidak harus sentiasa menunjukkan ketegasan, kadangkala perlu memperlihatkan sifat kelembutan terhadap anak-anak.
10 Tips ini dikongsikan sendiri oleh ayah kepada adik Musa.Semoga ia menjadi pedoman dan serba sedikit panduan kepada ibubapa yang ingin melihat anak mereka menghafal Al-Qur'an.
Post by Viral Media.
SUMBER : TIPS DARI AFIQMAHADHIR.COM
0 Response to "Tips Mendidik Anak Supaya Mudah Menghafal Al-Qur'an "
Post a Comment