Punca Sebenar Zizan Razak Tinggalkan Rancangan Melodi



Seperti yang semua tahu, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak secara rasminya dan sah meninggalkan rancangan Melodi sebagai pengacara sekitar tengahari Ahad, 29 Jun 2014 dengan alasannya iaitu sudah tamat kontrak.




Bagaimanapun, ramai peminat tidak percaya alasan itu ialah punca sebenar beliau nekad meninggalkan Melodi. Kalau menurut sumber lain, ada yang mendakwa perselisihan faham dengan rakan kongsi, Marina Juki tentang isu pembekuan akaun syarikat Wire Fame Entertainment (WFE) sebagai antara punca sebenar.

Selain itu, Zizan turut didakwa mahu meninggalkan Melodi kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya dengan pihak Astro yang bernilai jutaan ringgit.

Apapun, jawapan sebenar hanya ada dalam hati Zizan. Mungkin beliau lebih senang memendam rasa daripada mencanang cerita kepada pihak wartawan.






0 Response to "Punca Sebenar Zizan Razak Tinggalkan Rancangan Melodi"

Post a Comment