Domain & Web hosting dari Wanzul-Hosting.com



Domain dan Web hosting adalah dua komponen yang diperlukan bagi membina laman web.  Domain ialah nama bagi sesebuah laman web. Manakala, Web hosting pula berfungsi sebagai datacenter, iaitu tempat bagi pengurusan data seperti pengurusan email, database, dan banyak lagi. Wanzul-Hosting.com merupakan salah satu syarikat penyedia Domain & Web hosting dengan tawaran harga yang berpatutan.



Wanzul-Hosting.com telah memulakan operasinya bermula pada 21 Disember 2010 dengan menggunakan nama webhosting.wanzul.net sebagai laman utama. Walaubagaimanapun, penjenamaan semula telah dilakukan pada 2 Ogos 2013, iaitu sebagai www.wanzul-hosting.com. Syarikat ini diasaskan oleh seorang blogger yang bernama Wan Zulkarnain. Beliau juga mempunyai blog sendiri iaitu www.wanzul.net.

Domain:

Terdapat pelbagai jenis domain extensions yang dijual oleh Wanzul Hosting. Di antaranya termasuklah .com .net .org .biz .ws .my .com.my .net.my dan .edu.my. Harga domain yang dijual adalah serendah RM25 setahun hingga RM90 setahun. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut extensions yang dipilih. Berikut adalah senarai domain yang dijual dan harganya bagi tempoh satu tahun:

Sumber: http://www.wanzul-hosting.com/billing/domainchecker.php
Setiap pembelian domain akan disertakan bersama khidmat percuma untuk penyambungan kepada blogger. Anda hanya perlu menghubungi mereka dan beritahu bahawa anda ingin menyambung domain anda dengan blogger selepas pembelian dilakukan. 

Selain itu, fungsi Perlindungan Identiti turut ditawarkan bersama bagi melindungi identiti anda dari diambil oleh pihak lain. Tanpa fungsi perlindungan identiti ini, sesiapa sahaja boleh mengetahui butir-butir peribadi anda dengan cara membuat semakan data WHOIS

Maklumat anda dilindungi dengan Identity Protection
 
Pendaftaran domain name biasa (.com .net .org .info) akan dilakukan sejurus selepas bayaran telah disahkan. Namun, bagi domain name jenis Malaysia (.my) mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hari atau 7 maksimum. Semakan dan tempahan boleh dilakukan menerusi pautan berikut:


Web hosting:

Terdapat lima pakej web hosting disediakan. Setiap pakej menawarkan ruang storan dan bandwidth yang berbeza mengikut bajet dan kegunaan anda. Pakej asas ditawarkan pada harga serendah RM90 setahun dan pakej tertinggi ialah RM400 setahun

Pakej asas, iaitu WZ Basic menawarkan ruang storan sebanyak 1GB dan bandwidth sebanyak 7GB/bulan. WZ Standard menawarkan ruang storan sebanyak 2GB dan 10GB bandwidth/bulan. WZ Business pula menawarkan ruang storan sebanayak 3GB dan 15GB bandwidth/bulan. Untuk pakej kedua tertinggi, WZ Premium, storan yang ditawarkan ialah 5GB dan bandwidth sebesar 30GB.  Pakej terakhir ialah pakej WZ Extra Premium yang memberikan storan dan bandwidth tanpa had. 

Berikut adalah ringkasan tentang pakej Web hosting:
  • WZ Basic: RM90/tahun
  • WZ Standard: RM150/tahun
  • WZ Business: RM210/tahun
  • WZ Premium: RM250/tahun
  • WZ Extra Premium: RM400/tahun
Setiap pakej akan diberikan akses cPanel kepada anda sebagai medium untuk menguruskan Email, DNS,  Addon Domain, pemasangan CMS melalui Softaculous dan banyak lagi. Anda boleh menghostkan lebih dari 1 laman web dengan cara mengkonfigurasi pada cPanel.

Langganan turut disediakan untuk jangkamasa 1 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan 3 tahun. Menariknya, untuk langganan 1 tahun dan keatas, anda akan mendapat percuma domain (.net) untuk tempoh 1 tahun yang pertama. Langganan boleh dibuat menerusi pautan dibawah:


Review Pelanggan:

Hasil daripada pemerhatian kami di Webhostingstuff.com, kebanyakan daripada pelanggan Wanzul-Hosting.com berpuas hati dengan khidmat dan servis yang diberikan. Selain itu, ada juga beberapa pengguna yang mengatakan khidmat sokongan sangat "sporting", mudah bincang, dan harga yang berpatutan dengan servis yang ditawarkan. 

Murah dan pantas!Servis terbaik!Orang terbaik untuk membuat domain nih.To make the long story short,this guy's service is amazing!Saya memang recommend korang untuk guna servis WanZul Hosting ni!

Anda boleh akses ke: http://www.webhostingstuff.com/review/WanZulHosting.html untuk melihat lebih lanjut mengenainya.

Khidmat Sokongan:

Sepertimana kebanyakan penyedia hosting yang lain, Wanzul Hosting turut menawarkan khidmat sokongan selepas jualan. Suatu perkara yang menarik perhatian kami ialah, anda mempunyai pelbagai saluran bagi mendapatkan bantuan samada untuk bertanya tentang harga pakej, dan juga bantuan teknikal. Di antara saluran tersebut termasuklah Whatsapp, Email, Support Tickets dan Facebook.

Whatsapp: 014-5356443

Pada percubaan kami menghubungi pihak support Wanzul Hosting melalui support ticket, kami mendapat respons yang pantas dari pihak support.

Percubaan kami ketika menghubungi pihak support Wanzul Hosting
Saluran Pembayaran:

Wanzul Hosting membenarkan pembayaran dibuat melalui 3 saluran:
1. PayPal - wanzulkarnain69@gmail.com
2. Kad Kredit/Debit
3. Bank Transfer

Maybank – 15738-01156-07
Cimb - 760-429-473-8
BSN – 07002-41-0000-5458-7
RHB – 1-57050-0009130-4
Bank Islam - 07-034-02-040-144-7
Hong Leong Bank – 324-51-14809-0
(atas nama Wan Zulkarnain Bin Wan Hasbullah)


Kesimpulan

Bagi anda yang sedang mencari web hosting atau ingin membeli domain name, kami amat mengesyorkan Wanzul-Hosting. Kami sendiri telah membeli domain www.storysket.com daripada Wanzul Hosting. Sokonglah industri Web hosting Malaysia!


*tutorial untuk membuat langganan boleh didapati di: YouTube
**update 27 November 2014: www.wanzul-hosting.com telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Wanzul Hosting Enterprise - PC0012291-H
 



0 Response to "Domain & Web hosting dari Wanzul-Hosting.com"

Post a Comment