Penerbangan MAS MH17 Terhempas Di Ukraine




Carian:

MH17 HILANG
MH17 DITEMBAK
MH17 TERHEMPAS
Ukraine
MAS TERHEMPAS
PESAWAT DITEMBAK



Penerbangan MAS MH17 Terhempas Di Ukraine #PRAY4MH17 | Pesawat penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur dilaporkan telah terhempas di sempadan Ukraine & Russia, menurut agensi berita Interfax yang melaporkan hari ini.


Di atas merupakan lokasi terakhir penerbangan MH17 Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijejaki oleh FlightAware.com.
Laporan terbaru menyebut yang penerbangan MH17 telah ditembak jatuh oleh pihak tertentu sebelum terhempas.

MH17 Terhempas Selepas Ditembak di Sempadan Ukraine !


Sebuah pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 milik MAS Airlines telah ditembak jatuh oleh angkatan bersenjata yang mengawal sempadan Ukraine hari ini.

Pesawat ini dipercayai telah terbang pada ketinggian 10km (6.2 batu) dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas setelah ia ditembak jatuh, sumber berita Russia Interfax melaporkan. Pesawat meninggalkan Amsterdam Airport Schiphol pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dan dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur. Pesawat tersebut membawa seramai 295 penumpang termasuk 15 anak kapal.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat tersebut telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Manakala, jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan ia terputus hubungan dengan penerbangan MH17 tersebut selepas ia berlepas dari Amsterdam pada jam 12.14 pagi waktu tempatan (Amsterdam).

Penerbangan MH17 hilang daripada radar ketika ia melintasi ruang udara Ukraine, katanya.

Sky Katie Stallard, di Moscow, dalam satu laporan media telah mencadangkan agar pesawat turun di rantau Donetsk, di mana terdapat pertempuran berat baru-baru ini ditengah-tengah ketegangan berterusan antara Russia dan Ukraine.

Beberapa video telah berjaya dirakamkan disaat pesawat tersebut terhempas....








Lokasi kejadian.

Menurut satu sumber, pesawat tersebut telah ditembak menggunakan "The Buk Missile" yang mana pelancar tersebut pernah dilaporkan dilihat oleh Associated Press di sebuah wilayah bernama Snizhne.

Wilayah tersebut telah dilaporkan terjadinya beberapa perang di sana pada beberapa hari terakhir ini antara askar Russia dan pejuang pemisah Ukraine.

Semalam, sebuah pesawat milik Ukraine telah ditembak daripada "air-to-air" missile oleh sebuah pesawat Sukhoi milik Russia.

Ketegangan di sempadan Russia dan Ukraine semakin meruncing.

Sumber ini telah disahkan secara rasmi, dan lebih banyak informasi akan cuba kami bawakan kepada anda dari masa ke semasa....



Antara krew-krew terlibat
WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN
AHMAD HAKIMI BIN HANAFI
MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM
DORA SHAHILA BINTI KASSIM
AZRINA BINTI YAKOB
MASTURA BINTI MUSTAFA
SHAIKH MOHD NOR BIN MAHMOOD
NOR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH


Lagi gambar....

kerusi dipercayai kerusi bisnes kelas MAS






Lokasi terakhir


Last positions of #MH17 directly from Flightradar24 database.

Signal was lost around 13:21 UTC at 33,000 feet.




0 Response to "Penerbangan MAS MH17 Terhempas Di Ukraine"

Post a Comment